SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU TUM DAN MARI BELAJAR BAHASA MELAYU BERSAMA-SAMA SAYA! TERIMA KASIH.

”Selamat Datang ke Blog Saya dan Mari Belajar Bahasa Melayu”

Bersama-sama memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa Inggeris

Monday 27 October 2014

CADANGAN FOKUS KARANGAN SPM 2014

DIRI
KELUARGA
PELBAGAI PIHAK
SASTERA
UMUM
CARA-CARA SAYA/REMAJA MENGAMALKAN JIMAT CERMAT.
1. membeli barang yang perlu sahaja – kitar semula
2. membawa bekalan ke sekolah
3. membantu keluarga berjimat cermat- membantu keluarga menanam sayur-sayuran di sekeliling rumah
4. mengelakkan pembaziran – menggunakan barangan dengan cermat dan membeli mengikut keperluan
5. menabung wang untuk digunakan semasa diperlukan
6. mengamalkan makan di rumah
7. menggunakan air dan eletrik dengan cermat






PERANAN KELUARGA DALAM MENJAMIN KESELAMATAN ANAK-ANAK
1.Sentiasa bersama anak-anak ketika mereka beriadah/berekreasi (taman permainan, padang dan sebagainya)
2. Memberi didikan kepada anak-anak tentang keselamatan diri
3. Melengkapkan anak-anak dengan ilmu /seni mempertahan diri (silat, taekwando dan lain-lain)
4. Memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak supaya mereka berasa disayangi, dihargai dan selamat- tidak mengabaikan anak-anak
5. Tidak lalai dalam menjaga keselamatan anak-anak
6. Melaporkan kepada pihak berkuasa jika didapati ada perkara yang mencurigakan
7. Memantau pergerakan/aktiviti anak-anak sama ada bersama rakan, di sekolah , beraktiviti di luar dan sebagainya

USAHA PELBAGAI PIHAK MENINGKAT
KAN MUTU PERKHIDMATAN AWAM

Kerajaan / Kementerian Pengangkutan
 -Menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) , Suruhanjaya Pengangkutan Awam Udara (SPAIJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Laut (SPAL) untuk memantau    
    pengangkutan awam
 -Menambahkan bajet untuk menaik taraf prasarana pengangkutan awam
 -Pemantauan kenderaan lebih kerap
  -BRIM, Tayar 1 Malaysia, Teksi 1 Malaysia

-Keluarga
-ibu bapa menggalakkan anak-anak menggunakan pengangkutan awam .
 -Memberikan penerangan tentang keistimewaan menggunakan pengangkutan
  awam
 -Memberikan cadangan kepada pengusaha pengangkutan awam untuk
meningkatkan kualiti pengangkutan awam
.
-Swasta/masyarakat
- MAS, AIR ASIA, KTM , LRT, SINARAN, Menggunakan kenderaan berteknologi tinggi, baharu dan selesa. Mengutamakan keselamatan penumpang
-Media massa - akhbar radio TV, ICT - kempen tentang kualiti dan penggunaan
pengangkutan awam.

KEPENTINGAN PUISI TRDISIONAL KEPADA MASYARAKAT.

-Menjayakan majlis rasmi - perasmian/ucapan/pertandingan
-Menjayakan majlis tidak rasmi, perkahwinan/peminangan
-Menyampaikan mesej
-Sumber hiburan/riadah

PELAKSANAAN SEKOLAH SELAMAT
a. Pelajar rasa selamat
b. Pelajar rasa dihargai dan disayangi
c. Ibu bapa tidak risau
d. Mengurangkan masalah buli
e. Wujud perasaan sayang kepada sekolah
f. Mewujudkan perasaan kepunyaan sekolah

PERSEDIAAN-PERSEDIAAN YANG ANDA LAKUKAN SEBELUM MENJELANG
NYA MUSIM PEPERIKSAAN AWAM.
a) Saya akan menetapkan visi atau matlamat untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
b) Merancang waktu belajar/ menguruskan masa dengan efesien
c) Membuat ulang kaji
d) Mengamalkan pemakanan yang sihat & berkhasiat/seimbang
e) Persediaan mental & rohani
f) Menjaga keselamatan diri

PIDATO -“PERANAN IBU BAPA UNTUK MENANGANI GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

1.Memberikan didikan agama yang sempurna dan mencukupi
-Memberikan didikan akhlak/ilmu dunia yang sempuma

2.Menggalakkan anak/remaja terlibat datam program komuniti/sekolah/Kawalan Rukun Tetangga (KRT)/JKKK
3.Menjadi contoh kepada anak-anak
4.Memberikan kasih sayang kepada anak/remaja
5.Memantau pergerakan anak-anak






CARA MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN
Peranan ibu bapa
Menyuburkan semangat kejiranan dalam kalangan anak-anak sejak kecil
Membawa/menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti kejiranan/gotong-royong/kenduri-kendara.
Peranan anggota masyarakat
-Menganjurkan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan di peringkat kawasan kediaman-Rukun Tetangga/Sistem Rondaan Sukarela/Rakan COPS
Peranan individu
-Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat/contoh-saling menziarahi, tolong- menolong
Peranan Kerajaan
-Memperbanyak penganjuran program kemasyarakatan
di peringkat kebangsaan seperti Majlis Rumah Terbuka.
-Kempen/ceramah
Peranan Pihak Sekolah
-PdP
-Ceramah-Pertandingan Menulis Esei

PUISI MELAYU LAMA BANYAK MENGETENGAHKAN NILAI DAN PENGAJARAN YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN
HIDUP.
1. Mengenang jasa seseorang – ibu bapa, pemimpin, ahli masyarakat akan dikenang dan
dihormati.
2. Tidak meninggi diri atau sombong apabila kita berada di negeri orang lain - kita akan
disayangi dan hidup akan selamat/diberkati
3. Sentiasa bersabar dalam menempuh dugaan atau cabaran hidup-mendidik kita supaya insaf
dan tahu tentang kesusahan orang lain
4. Nilai hidup bekerjasama dan tolong-menolong – contoh dalam majlis kenduri-kendara dsb.
5. Mendidik kita supaya hidup bertoleransi dan faham-memahami- mewujudkan rasa hormat
akan budaya dan perbezaan antara masyarakat – boleh mewujudkan perpaduan antara kaum

KEPENTINGAN DASAR 1MURID 1SUKAN
Menyihatkan tubuh badan dan mencerdaskan otak
Mengeratkan silaturahim antara pelajar dan guru
Mendalami  ilmu sains sukan
Membentuk disiplin diri
Mempupuk perpaduan antara pelajar berbilang kaum
Mengharumkan nama sekolah hingga ke peringkat tinggi

CARA-CARA MEMANFAATKAN USIA REMAJA
1.Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah/Program Motivasi/hobi
2.Mengelakkan diri daripada terjerbak dengan gejala sosial
3.Melengkapkan diri dengan pengetahuan agama
4.Menambah ilmu pengetahuan/kemahiran dalam pelbagai bidang
5.Terlibat dengan aktiviti kesukarelawan

PIDATO TANGGUNGJAWAB IBU BAPA MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN ANAK-ANAK
1.Menjelaskan kepada anak-anak peri pentingnya semangat patriotik
2.Membawa anak-anak ke tempat bersejarah/Hari Kemerdekaan
3.Menyediakan buku-buku/bahan bacaan/visual yang berkaitan sejarah kenegaraan
4.Menceritakan jasa/pengalaman tokoh-tokoh pemimpin /pejuang kemerdekaan
5.Menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti semangat patriotik
CARA-CARA MEMPOPULAR
KAN PERMAINAN TRADISIONAL
Peranan ibu bapa
Peranan pihak sekolah
Peranan kerajaan
Peranan massa
Peranan pihak swasta


















SIKAP PENGGUNA SENDIRI MENJADI PUNCA KEMALANGAN JALAN RAYA
a.Tidak memeriksa kenderaan secara berkala
b. mengantuk
c. mabuk
d. tidak mematuhi peraturan dan papan tanda
e. penggunaan telefon bimbit semasa memandu
f. menjadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan
g. Panas baran/pantang dicabar

KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT KEPADA REMAJA/SAYA
Isi 1:
- Saya/ pelajar menjadikan Teknologi Maklumat sebagai saluran untuk mendapatkan bahan
rujukan dalam pembelajaran.
- Saya dapat memperoleh sumber bacaan luas untuk membantu proses pembelajaran
Isi 2:
- Saya/ pelajar dapat memperoleh maklumat / mengetahui tentang perkembangan dunia luar.
Isi 3:
- Saya/pelajar dapat menambahkan jaringan rakan maya untuk berkomunikasi di samping dapat mengenali adat dan budaya masing-masing.
Isi 4:
- Saya/pelajar dapat menjimatkan masa pembelajaran kerana Teknologi Maklumat menjadi
alternatif rujukan yang sistematik, cepat, mudah dan efisyen – dunia tanpa sempadan.
Isi 5:
- Saya/pelajar dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang Teknologi Maklumat dengan
menggunakan pelbagai gajet – mengelakkan diri dianggap sebagai katak di bawah
tempurung.

PELBAGAI LANGKAH PERLU DILAKUKAN OLEH TONGGAK KELUARGA UNTUK MELAHIRKAN KELUARGA
PENYAYANG
 Isi 1:Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak
- Pembentukan sahsiah anak-anak bermula dari rumah
- Ibu bapa sentiasa bersikap positif, mendampingi anak-anak, meluangkan masa bersama-sama
anak-anak
Isi 2:Ibu bapa memberikan didikan agama sejak kecil
- melentur buluh biarlah dari rebungnya
- Didikan agama akan dapat mengukuhkan jati diri anak-anak
- Hubungan ahli keluarga yang berlandaskan ajaran agama akan menjadi semakin erat
- Agama mendidik ahli keluarga saling hormat-menghormati dan sayang- menyayangi
Isi 3:Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak
- Perasaan bertolak ansur dan tegur-menegur secara berhemah akan menjadikan sesebuah keluarga itu harmonis dan tenteram
- Tidak akan ada pergaduhan yang berlaku
- Perselisihan faham yang kecil tidak merebak dan boleh diselesaikan dengan mudah
Isi 4: Ibu bapa perlu menyediakan keperluan asas yang sesuai dengan kehidupan anak-anak.
Anak-anak akan berasa dihargai, disayangi dan diberikan perhatian
Apabila tanggungjawab  asas ini dilakukan oleh ibu bapa akan wujud rasa sayang dan anakanak faham inu bapa sayang dan tidak mengabaikan mereka.
- Justeru, keluarga penyayang akan dapat diwujudkan
Isi 5: Ibu bapa perlu mengamalkan sikap berbuka.
- Mengelakkan anak melabelkan ibu bapa mereka sebagai orang yang tidak memahami jiwa mereka.
- Ibu bapa sekarang harus menjadi rakan kepada anak-anak mereka
- Berkonsi minat dan kebolehan dengan anak-anak.
- Anak-anak diberi peluang berkongsi kegembiraan, kesedihan dengan ibu bapa.
- Anak-anak juga tidak merasakan diri mereka terkongkong kerana memiliki ibu bapa yang
bersifat terbuka.
- Ibu bapa cuba menimbulkan suasana aman damai dalam keluarga dengan cara menyelami dan
mengenali sifat anak-anak





USAHA MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN
1. Mengusahakan penanaman buah-buahan tempatan secara komersial
2. Menjalankan penyelidikan tentang kesesuaian tanah dengan jenis tanaman (MARDI)
3. Menyediakan kemudahan pinjaman wang, jentera, benih dan khidmat nasihat kepada
sesiapa yang ingin mengusahakan tanaman buah-buahan tempatan.
4. Mempelbagaikan hasil buah-buahan tempatan dan memperluas pasarannya.
5. Meningkatkan keberkesanan kempen tentang buah-buahan tempatan.
6. Mempromosikan buah-buahan tempatan di dalam dan luar negara
PERANAN SAYA DALAM MEMUPUK BUDAYA PENYAYANG DI SEKOLAH.

1.Mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah
2.Menjadi mata dan telinga kepada pihak sekolah
3.Menyokong dan menjayakan program budaya penyayang di sekolah
4.Menjadikan diri sebagai suri teladan
4.Menjaga dan menaikkan imej sekolah

KELUARGA BERPERANAN PENTING UNTUK MENGHIDUP
KAN AMALAN KEJIRANAN INI AGAR MENJADI IKUTAN ANAK-ANAK.
1. Ibu bapa berperanan memberi tujuk ajar cara berjiran dengan baik – berbudi bahasa dan
menghormati jiran tetangga.
2. Ibu bapa berperanan sebagai suri teladan kepada anak-anak – menyokong dan menjayakan
amalan kejiranan
a. Meluangkan masa untuk turut serta dalam progam kejiranan – bergotong royong
b. Bertegur sapa dan berkenal-kenalan dengan jiran tetangga.
c. Mengunjungi jiran – sakit atau sambutan perayaan
3. Ibu bapa mengalakkan dan bersama-sama dengan anak-anak menyertai program amalan
Kejiranan-gotong –royong,kenduri-kendara

PELBAGAI LANGKAH UNTUK MENJADIKAN TEMPAT PELANCONGAN DI MALAYSIA LEBIH
MENARIK.
Isi 1: mengadakan kempen dan iklan
- menyebarluaskan kempen dan iklan ke seluruh dunia tentang keindahan Malaysia melalui media massa.
- Memperkenalkan tempat-tempat menarik di Malaysia yang masih terpelihara keindahannya
- Menjadikan Tahun Melawat Malaysia sebagai acara tahunan(1990(I)2004(4)
Isi 2 : promosi produk pelancongan(CITRAWARNA)
- Mempelbagaikan produk kraftangan sebagai warisan bangsa
- Mempamerkan menu-menu tempatan (sate, mi, rojak, nasi dagang dll.)
Isi 3 : meningkatkan prasarana atau infrastruktur
- Menyediakan prasarana yang lengkap dan selesa atau mencukupi
- Menaik taraf motel, hotel, rumah tumpangan dan sebagainya sesuai dengan pelancong dan
mampu dibiaya
- Menyediakan tempat rekreasi yang dapat menarik minat pelancong
Isi 4: Mengekalkan budaya dan adat resam
- Malaysia memiliki budaya dan adat resam yang unik kerana mempunyai masyarakat majmuk
- Amalan hidup berhamah dan bersopan santun perlu dipelihara
- Amalan adat dan budaya sesuai dengan budaya timur
- Mengamalkan nilai mesra menerima pelancong asing
- Bijak dan mahir berkomunikasi banyak bahasa
Isi 5: Mengekalkan warisan dan tempat-tempat menarik
- Menjaga tempat-tempat yang berpotensi sebagai tempat rekreasi atau tempat bersejarah
- Contoh tempat bersejarah seperti Melaka dan Pulau Pinang yang dianugerahkan sebagai
Tapak Warisan Dunia.
- Malaysia banyak muzium warisan seperti di Bandar Hilir Melaka, Muzium Sarawak dll
- Warisan ini dikekalkan agar tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas


FAKTOR LUNTURNYA SEMANGAT KEJIRANAN

1.Perubahan pola/gaya hidup/kesibukan kerjaya
2.Kemajuan dalam bidang teknologi
3.Kurang kesedaran tentang kepentingan hidup berjiran/bersikap individualistik
4.Jurang status sosioekonomi
5.Sentimen perkauman yang masih menebal

FAEDAH MEDIA MASA KEPADA SAYA/REMAJA

1.Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang segala maklumat yang berlaku di dalam dan di luar negara
2.Meningkatkan kemahiran ICT, belajar, kreativiti dan kesenian
3.Mengeratkan silaturahim
4.Memupuk Perpaduan kaum / sejagat
5.Memberi peluang pendapatan
PIDATO
"IBU BAPA PENDORONG KEPADA ANAK-ANAK DALAM MEREALISASIKAN BUDAYA
MEMBACA."

1.Ibu bapa sebagai suri teladan
2.Ibu bapa sediakan sudut bacaan/perpustakaan mini di rumah
3.Ibu bapa bawa anak-anak ke kedai buku/pameran buku
4.Ibu bapa membawa/menggalakkan anak-anak ke perpustakaan
5.Ibu bapa membeli/menghadiahkan bahan bacaan kepada anak-anak

RENCANA:PERANAN PELBAGAI PIHAK UNTUK MEMAJUKAN INDUSTRI
PELANCONGAN.
a)Peranan pihak kerajaan
-mengadakan promosi di luar negara
-mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia
-membanteras jenayah
-memelihara dan memulihara tempat-tempat menarik
-kerjasama / rundingan dengan negara lain
b)Peranan pihak swasta
-pakej tambang murah (Airasia)
-peningapan murah (perhotelan)
-menaik taraf tempat penginapan
-menyediakan infrastuktur berkualiti
-menaik taraf perkhidmatan pengangkutan awam
c)Peranan masyarakat
-layanan yang mesra
-menguasai bahasa asing terutama bahasa Inggeris
-menjaga kebersihan
-elakkan jenayah
-menjaga nama baik negara
d)Peranan media massa
-menyiarkan berita positif tentang negara
-mempromosikan tempat menarik
-menguar-uarkan tempat baharu
-menampilkan keindahan sesuatu tempat
-menawarkan pelbagai pilihan tempat pelancongan
GAGASAN 1MALAYSIA-USAHA-USAHA YANG DAPAT DILAKUKAN OLEH PELBAGAI PIHAK BAGI MEWUJUD DAN
MENGEKALKAN PERPADUAN DI NEGARA INI.
Peranan pihak sekolah
-penerapan semasa p dan p
-kegiatan kokurikulum
-kempen/ceramah
-sikap guru
Peranan media massa
-kempen
-program televisyen
-media sosial
Peranan kerajaan
-melalui sistem pendidikan-bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar-Mewajibkan lulus dalam mata pelajaran Sejarah-SPM
-melalui agensi-agensi tertentu
Peranan ibu bapa
-berbaik dengan jiran
-saling mengunjungi
-saling menghormati
Peranan individu
-mematuhi peraturan dan undang-undang
Peranan masyarakat
-bertoleransi/bergotong-royong

FAKTOR-FAKTOR PERMAINAN TRADISIONAL DIPINGGIRKAN
1.Pengaruh media massa
 2.Kurang galakan daripada ibu bapa/tumpuan kpd.pelajaran
3.Permainan moden banyak di pasaran
4.Kurang kempen
5.pengaruh persekitaran
6.kurang minat terhadap permainan tradisional/membosankan
7.Tiada masa


CARA-CARA
SAYA MENUNJUKKAN SEMANGAT PATRIOTIK
1.     Menghormati dan menghayati lagu-lagu patriotik
2.     Meningkatkan ilmu tentang sejarah negara – sebagai persediaan masa hadapan
3.     Menghargai jasa pejuang negara
4.     Melawat tempat-tempat bersejarah – dapat melahirkan semangat juang
5.     Menyertai program dan sambutan Hari Kebangsaan
RENCANA:PERANAN IBU BAPA BAGI MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DALAM JIWA ANAK-ANAK
a) Ibu bapa membawa anak melancong ke tempat bersejarah di negara ini terutama ketika musim cuti sekolah.
- Anak akan lebih mengerti perjuangan pahlawan negara seperti Dato Bahaman dan Mat Kilau apabila mereka
dapat melihat sendiri kawasan pertempuran yang berlaku antara pejuang negara dengan penjajah British itu.
- Mereka boleh membaca penulisan yang biasanya menerangkan serba ringkas perjuangan pejuang ini di
kawasan bersejarah itu lalu menimbulkan rasa bangga dan berterima kasih atas perjuangan tokoh tersebut.
- Jadi, anak akan lebih tinggi semangat cinta akan negaranya apabila sering melawat tempat bersejarah di negara ini.
b) Ibu bapa sendiri hendaklah memaparkan semangat nasionalisme yang tinggi kepada anak sendiri kerana kita
tidak mahu digelar umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus pula.
- Menjadi suri teladan dari segi menerusi percakapan, tindakan, penghayatan dan sebagainya yang menjurus
ke arah pengorbanan negara terhadap kehidupan mereka selama ini.
- Anak telah diyakini akan meniru kelakuan orang tua mereka bak kata pepatah bapa borek anak rintik
terutama apabila sering didedahkan dengan kelakuan patriotik sebegini.
- Jadi, teladan ibu bapalah yang membawa penyemaian benih nasionalisme dalam jiwa remaja kita tersebut.
c) Ibu bapa membawa anak untuk sama-sama melihat sambutan Hari Kebangsaan setiap tanggal 31 Ogos
- Biasanya, kawasan sambutan ini akan dipenuhi dengan pelbagai acara yang cuba meniupkan semangat cinta akan negara ini dalam hati mujtamak yang hadir itu.
- Suasana yang penuh dengan semangat nasionalisme ini pasti menimbulkan rasa bangga dalam hati anak yang menontonnya itu.
- Oleh itu, amalan membawa anak ke tempat sambutan hari kebangsaan boleh memupuk rasa cinta akan negara.
d) Ibu bapa zaman moden ini boleh menggunakan teknologi untuk menghuraikan semangat patriotik kepada
anak mereka.
- Penggunaan teknologi seperti internet dan telefon pintar membolehkan ibu bapa menyalurkan lebih banyak
informasi tentang sejarah negara dengan satu sentuhan sahaja.
- Ibu bapa boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah negara yang kadangkala
begitu mengelirukan itu juga.
- Penggunaan teknologi sebegini mampu memudahkan tugas ibu bapa untuk memastikan anak mereka
memiliki rasa cinta akan negara
e) Semangat cinta dan sanggup berkorban demi negara ini boleh disemai dalam jiwa anak menerusi amalan
penceritaan ibu bapa.
- Kisah dahulu ketika negara belum mengalami kemodenan harus diterangkan kepada pelajar agar mereka
memahami erti pengorbanan pejuang dan pemimpin negara yang telah membawa perubahan besar itu.
- Anak yang selalu mendengar itu akan mula perlahan-lahan menghargai jasa pejuang negara terdahulu lalu
memasang impian untuk turut membuat jasa kepada bangsa dan nusa pula.
- Ibu bapa yang bijak akan sering bercerita mengenai perubahan pembangunan negara supaya anak
memahami kehidupan yang dialami sekarang berpunca daripada pengorbanan orang terdahulu.
Kesimpulan:
- Konklusinya, usaha memupuk semangat cinta akan negara ini memang menjadi tugas ibu bapa.
- Golongan ini perlulah mahir menggunakan peluang dan situasi yang wujud untuk memudahkan anak
memahami makna pengorbanan rakyat yang sebenarnya.
- Jika ibu bapa masih mengamalkan sikap lepas tangan dalam menangani isu semangat cinta akan negara ini
sudah pasti generasi muda kita akan hilang rasa hormat terhadap negara.
- Kita harus sedar semua yang berlaku pada masa hadapan berpunca daripada pengorbanan orang terdahulu







KESAN-KESAN NEGATIF PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH
1. Mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
2. Merosakkan penggunaan bahasa Melayu para pelajar.
3. Menimbulkan masalah disiplin di sekolah seperti kecurian dan melihat gambar-gambar
lucah.
4. Membazirkan masa para pelajar kerana asyik bermain permainan di dalam telefon,
sistem pesanan ringkas (sms) dan mendengar lagu-lagu.
5. Memberikan kesan sampingan terhadap penglihatan dan pendengaran para pelajar.
6. Meningkatkan perbelanjaan ibu bapa atau keluarga

USAHA-USAHA
IBU BAPA UNTUK MENGGALAK
KAN AMALAN MEMBACA
1.     Membawa anak-anak ke pesta buku – Pameran Buku Antarabangsa di PWTC – anak-anak dapat lihat pelbagai jenis buku – boleh memilih buku yang diminati
2.     Menjadi suri teladan – membaca buku di rumah bersama anak-anak – baca setiap hari pada waktu senggang -
3.     Menyedia ruang bacaan dan menambah sumber bacaan di rumah - perpustakaan mini– majalah dan buku-buku – dapat menarik minat dan boleh mengembangkan minda anak-anak
4.     Mendaftar anak-anak menyertai kelab buku -Sebagai contohnya, anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku Ilmiah yang ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka -  anak-anak akan menyertai pelbagai aktiviti dan mengetahui perkembangan buku yang terkini - mereka didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan buku
5.     Memberi pengukuhan dan galakan kepada anak-anak – sama ada berbentuk lisan dan hadiah yang munasabah -  pujian daripada  ibu bapa hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan suci hati – guna bahasa mesra – dapat menggalakkan anak-anak terus membaca


FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN ANAK-ANAK TERLIBAT DENGAN MASALAH SOSIAL
-1.Ibu bapa sibuk dengan urusan kerja
-2.Anak: menganggap dri mereka sudah dewasa I besar- anak-anak mahukan kebebasan I tidak mahu dikongkong
3. lebih terpengaruh dengan rakan sebaya
-4.dipengaruhi oleh media massa
-5. terpengaruh dengan gaya hidup masyarakat kini/persekitaran
6.Kurang didikan agama
Tidak mempunyai jati diri

LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH IBU BAPA UNTUK MENGGALAK
KAN ANAK-ANAK MENJAGA KEINDAHAN DAN KEBERSIHAN ALAM SEKITAR
- ibu bapa menggalakkan anak-anak mengitar semula
- ibu bapa menunjukkan teladan yang baik
- ibu bapa menetapkan jadual waktu membersihkan rumah
- ibu bapa mendidik anak-anak agar menyahut kempen kerajaan seperti tidak  menggunakan plastik.
IBU BAPA BERPERANAN MEMBENTUK AKHLAK DAN MERUPAKAN PENENTU KEJAYAAN AKADEMIK ANAK-ANAK
• Memberikan pendidikan agama dan pendidikan moral
• Memberikan nasihat , teguran dan tunjuk ajar
• Menjadikan diri sebagai contoh terbaik I idola terbaik kepada anak-anak
• Menyediakan keperluan pembelajaran yang sempurna kepada anak-anak
• Menghantar anak-anak mengikuti kelas-kelas tambahan dan tuIsyen
• Memberikan dorongan dan motivasi



No comments:

Post a Comment

Laman Guru Cemerlang

Kecekapan Berbahasa Guru Bahasa Melayu Dalam abad ke-21 ini, setiap guru Bahasa Melayu sama ada yang mengajar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahu pun di institusi pengajian tinggi seharusnya memiliki kecekapan berbahasa yang baik. Selain empat kemahiran asas yang diberi penekanan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari sgei kemahiran berbahasa, guru-guru Bahasa Melayu juga perlu menguasai kecekapan berbahasa antaranya seperti berikut:  Kecekapan berkomunikasi  Kecekapan berhujah dan membidas  Kecekapan berbincang dan mengulas  Kecekapan menyoal  Kecekapan menyatakan dan menghuraikan ilmu pengetahuan dan pendapat  Kecekapan membaca, memahami dan merumus teks  Kecekapan menganalisis dan mentafsir maklumat  Kecekapan membaca dan menaakul pelbagai bahan  Kecekapan membina ayat  Kecekapan menulis Guru-guru Bahasa Melayu dalam abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang perlu difokuskan ialah:  Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa Melayu merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.  Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.  Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.  Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu Bahasa 5 Seminar Bahasa Melayu 2011 Melayu, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari. Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis. Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, setiap guru Bahasa Melayu sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar Bahasa Melayu. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru Bahasa Melayu mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan.  Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru Bahasa Melayu akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru Bahasa Melayu perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.  Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya setiap guru Bahasa Melayu mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru Bahasa Melayu. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran 6 Seminar Bahasa Melayu 2011 dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru.  Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.  Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.