SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU TUM DAN MARI BELAJAR BAHASA MELAYU BERSAMA-SAMA SAYA! TERIMA KASIH.

”Selamat Datang ke Blog Saya dan Mari Belajar Bahasa Melayu”

Bersama-sama memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa Inggeris

Thursday 3 April 2014

SINPOSIS NOVEL MELUNAS RINDU


BAB 1
 Fuad yang mencari kayu api tiba lewat di rumahnya.  Selepas solat Maghrib di rumah,  Fuad  ke surau untuk solat Isyak berjemaah. Sementara menanti waktu isyak, Fuad belajar  membaca al-quran dengan bimbingan Pak Ismail. Fuad ke rumah Borhan apabilamengetahui anaknya demam. Dengan pertolongan Fuad, anak Borhan dibawa ke klinik.   Fuad menyewa kereta sewa Pak Omar keKlinik Ihsan yang  terletak di tengah-tengah  bandar Kuala Terengganu. Sementara menanti anak Borhan diperiksa doktor, Fuad ke  bangunan bank yang berdekatan. Fuad menyemak jumlah baki wang simpanannya  menggunakan mesin ATM. Ayahnya telah memasukkan wang sebanyak  RM200 ribu dalam akaun simpanannya. Fuad membayar bil rawatan anak Borhan Fuad merancang untuk membeli sebuah kereta dengan wang  pemberian ayahnya itu.
BAB 2 
Petang itu, Fuad pergi ke Pantai Batu Buruk dengan kereta barunya Proton Iswara Aeroback merah yang dibelinya secara tunai. Fuad teringat akan kisah lalu. Hampir setahun lamanya dia mencuba memulihkan keadaan di Danau Seberang; menghadapi kebencian Mak Salmah dan cemuhan orang kampong. Mak Salmah tidak dapat memaafkannya atas kehilangan anak perempuan kesayangannya, Sofia. Pak Ismail mempertahankannya dan mendekatkannya kepada Allah .Akhirnya, kemarahan orang kampung surut dan kebencian Mak Salmah berkurang. Fuad menguruskan perkahwinanBorhan dengan Maznah. Segala perbelanjaan perkahwinannya ditanggung oleh Fuad. Fuad berasa terkilan kerana semasa hayatnya, Sofia tidak mengetahui bahawa mereka bersaudara. Menjelang senja Fuad pulang ke rumah.Beliau tidak mahu ketinggalan meninggalkan solat tiga rakaatnya. Pak Ismail menunggunya untuk solat berjemaah di surau.Ketika makan malam, Fuad diberitahu oleh Mak Salmah bahawa ada orang yang mencarinya. Fuad menyatakan keinginannya untuk membeli sebidang tanah milik Awang Sojar kepada Pak Ismail.

BAB 3
Fuad, Pak Ismail, dan Mak Salmah mengusahakan tanah seluas setengah ekar yang dibeli oleh Fuad dengan harga RM 10,000 milik Awang Sojar. Walaupun Pak Ismail membantah, Fuad tetap menamakan Pak Ismail sebagai pemilik tanah itu. Fuad juga membelikan motosikal untuk kegunaan pak Ismail yang sering ke kedai Leong yang terletak kira-kira sepelaung jaraknya. Mak Salmah teringat akan kesedihannya yang kehilangan Sofia walaupun Sofia hanya anak angkatnya. Tindakan Fuad yang melarikan Sofia dan menyerahkan kepada ibu bapa kandungnya menyebabkan dia membenci Fuad. Keikhlasan Fuad menyebabkan hatinya tersentuh untuk memaafkan Fuad dan menerima ketentuan Ilahi. Untuk menghilangkan rasa sepinya, dia banyak menghabiskan masa melakukan pelbagai kerja serta membaca al-Quran dan buku agama. Cikgu Abas datang untuk menawarkan pekerjaan kepada Fuad. Fuad diharapkan dapat menjadi guru sandaran atau guru kelas bimbingan.
BAB 4
Pagi itu, Fuad ke sekolah Menengah Seri Setia untuk menjadi guru sandaran kira-kira 3 minit lagi sebelum pukul 7 pagi. Kehadirannya disambut mesra oleh guru-guru lain termasuk Cikgu Abas bin Haji Musa, Guru Penolong Kanan.Fuad diperkenalkan dengan Cikgu Farhana, Ketua Panitia Bahasa Inggeris.Farhana agak gusar untuk menerima Fuad yang memiliki ijazah Pentadbiran Perniagaan dari universiti ternama di Amerika. Farhana menerangkan jadual harian, kelas, dan pencapaian pelajar kepada Fuad. Mereka berbincang tentang teknik pengajaran dan pemarkahan Bahasa Inggeris.
BAB 5
Farhana tekun menyiapkan senarai program untuk dibentangkan pada mesyuarat kurikulum.Fuad yang datang untuk memulangkan buku yang dipinjamkannya diminta memberikan pandangannya dan menekankan bahawa mereka perlu bekerjasama untuk memastikan kejayaan program tersebut. Fuad telah mencadangkan program English Personal Guidnce. Dia menawarkan diri untuk mengambil tiga kelas dan sanggup menjalankan kelas tersebut sebelah petang selepas kelas lanjutan. Fuad meminta Farhana mengambil jagung yang dibawanya pada waktu pulang sekolah. Fuad berhenti daripada melanjutkan perbualannya sebaik sahaja azan dari masjid yang terletak bersebelahan Sekolah Menengah Seri Setia berkumandang..Fuad juga menadah tangan dan berdoa dengan khusyuk sebaik sahaja azan selesai berkumandang. Farhana berasa kagum.

BAB 6
Fuad yang ke kantin untuk melepaskan dahaga terserempak dengan Cikgu Zamani.Fuad mengagumi Cikgu Zamani yang dalam pengetahuan ilmu agamanya dan pandai berbahas. Fuad menerima nota kecil di atas sehelai kertas berwarna kuning yang memaklumkannya bahawa ada orang ingin menemuinya.  Orang itu telah menunggunya di pintu pagar sejak jam sepuluh. Chin datang untuk menanyakan khabar dan keadaan Fuad untuk disampaikan kepada ayah Fuad. Chin memujuk Fuad menziarahi ayahnya dan membantu perniagaan ayahnya.Fuad diharapkan dapat menziarahi bapa dan emak saudaranya yang dirinduinya di Sungai Ruan. Fuad teringat akan arwah ibunya yang tidak pernah ditemui selama ini.Fuad menceritakan kedatangan Chin kepada Pak Ismail dan keinginannya untuk mencari pusara ibunya di Sungai Ruan.
BAB 7
Fuad bertemu dengan Farhana ketika singgah di stesen bas untuk membeli buah tangan untuk keluarganya. Fuad membeli empat pasang kain sutera untuk mamanya dan Mei Lin serta beberapa helai kemeja batik pelbagai saiz untuk adik-adik sepupunya yang lain. Untuk apaknya Fuad membeli sehelai kemeja lengan panjang warna kelabu bercorak kulit harimau. Dia juga membeli dua helai baju kaftan. Farhana yang hendak pulang ke kampung dipelawa menumpang kereta Fuad setelah gagal mendapatkan tiket. Dalam perjalanan, Fuad dan Farhana menceritakan kisah keluarga masing-masing.Fuad dan Farhana sampai ke Taman Tas Kuantan kira-kira jam 4 petang. Fuad singgah di rumah Farhana sebelum meneruskan perjalanannya ke Sungai Ruan.
BAB 8
Fuad tiba di rumah Peter Lim hampir tengah malam dan terkejut dengan keuzurannya. Fuad menyuapkan bubur ke mulut Peter Lim. Hampir sepuluh sudu disuapkannya.Fuad membayar yuran peperiksaan STPM Ah Soh dan berjanji akan menanggung perbelanjaan persekolahan Ah Soh dan Mei Lin. Fuad juga membuka akaun GIRO untuk Mei Lin dan Ah Soh. Dia juga akan membantu Guan sekiranya keputusan SPMnya baik  Fuad menyatakan tujuan kedatangannya untuk mencari pusara ibunya dan saudara sebelah ibunya.Peter Lim dan Swee Lan memberikan kerjasama dan maklumat yang diperlukan.Fuad ke surau dan bertemu dengan Pak Said yang bersetuju untuk menemaninya ke Lembah Klau. Hampir jam 12 malam, Fuad teringatkan janjinya untuk menelefon Farhana sebelah siang tadi.
BAB 9
Farhana resah menanti panggilan telefon daripada Fuad hingga menyebabkan ibunya menegur sikapnya.Farhana teringat akan keperitan hidupnya semasa belajar di London. Dia terpaksa memasak dan mengikut perut untuk mencukupkan wang biasiswanya.Ibu Farhana teringat akan arwah suaminya, Fakharudin yang meninggal dunia akibat pembengkakan usus, menerimanya seadanya dan menjaganya dengan baik. Suaminya itu telah membelikannya sebuah rumah melalui pinjaman kerajaan. 
BAB 10
Fuad dan Pak Said ke perkampungan Felda Lembah Klau untuk menemui Pak Ngah Lias, jiran datuk Fuad. Pak Ngah Lias gembira dengan kedatangan Fuad dan bersetuju untuk menemani mereka ke Kuala Lipis, rumah Mariah, kakak angkat ibu Fuad. Daripada cerita Pak Samsudin, jiran Mariah, Fuad mendapat harapan baru bahawa ibunya masih hidup. Peter Lim meminta Fuad bertemu dengan ayahnya di Kuala Lumpur untuk mendapatkan gambar ibunya dan cincin bagi memudahkan pencariannya
BAB 11
Cikgu Abas dicengkam perasaan marah. Cikgu Abas marah kerana pelajar-pelajar di dalam kelas lanjutan berbuat bising. Beliau juga marah kerana guru yang ada halangan untuk mengajar kelas lanjutan tidak memaklumkan kepada pelajar. Selain itu, beliau juga marah kepada Cikgu Zamani yang ponteng mengajar kelas Geografi. Semasa mesyuarat guru keesokan harinya, Cikgu Abas meluahkan kemarahannya terhadap sikap sesetengah guru yang yang tidak amanah.Pengetua sekolah Tuan Haji Samad menegaskan bahawa dia tidak akan berkompromi dengan guru yang sering ponteng kelas. Guru-guru juga diberi peringatan agar tidak mendengar khabar angin atau menyebarkan khabar angin bahawa kelas lanjutan telah dimansuhkan. Fuad berfikir-fikir sama ada dia bersalah dalam hal itu meskipun dia tidak pernah ponteng mengajar kelas lanjutan.
BAB 12
Farhana menerima sekeping kad hari jadi yang berwarna merah jambu daripada Fuad.Fuad membawa Farhana keluar makan di Restoran Terapung di Taman Syahbandar. Farhana merupakan gadis yang cukup istimewa di mata Fuad, sebaliknya Farhana beranggapan bahawa dirinya tidak seistimewa Sofia. Farhana memohon maaf kepada Fuad selepas Fuad menegaskan bahawa Sofia adalah adiknya.Fuad memperkenalkan Farhana kepada Pak Ismail dan Mak Salmah.Kedatangan Farhana disambut mesra oleh Mak Salmah yang masih tidak dapat melupakan Sofia.Farhana simpati akan penderitaan yang ditanggung oleh Mak Salmah. Selepas solat isyak, Fuad menghantar Farhana pulang ke rumahnya.
BAB 13
Fuad agak segan apabila terdengar bunyi hingga di rumah Cikgu Zamani. Sewaktu itu, dia tiba lewat berasa segan jika majlis telah bermula. Fuad beranggapan orang sudah membaca tahlil pada waktu dia tiba atau pada waktu itu orang sudah mulai mengedarkan hidangan.Majlis itu hanya dihadiri oleh guru-guru bujang Sekolah Seri Setia iaitu Cikgu Armin, Cikgu Azli, dan Cikgu Rosli. Cikgu Zamani menasihati Fuad agar memilih perempuan yang baik untuk dijadikan isteri. Fuad akhirnya dapat mengagak tujuan sebenar Cikgu Zamani menjemputnya ke rumah iaitu menyertai parti politik. Dalam perjalanan pulang, Fuad terkenang akan Farhana. Dia berjanji akan membawa Farhana lebih kerap ke rumahnya agar Farhana dapat membahagiakan Mak Salmah.
BAB 14
Perwatakan Robert Lim berubah kepada seorang yang berwibawa kepada seorang yang perengus. Sikap itu berlaku lantaran masalah perniagaannya yang menemu jalan buntu. Selain itu, dia juga berasa kesepian sejak ditinggalkan oleh Susan. Dia juga memikirkan Mariah yang ditinggalkan selepas tiga bulan berkahwin. Robert Lim dan Chin ke Terengganu untuk memberikan cincin dan gambar Mariah kepada Fuad.Fuad ketika itu tiada di rumah Pak Ismail ketika Robert Lim tiba kerana menziarahi ibu Farhana yang sakit lelah secara tiba-tiba.Robert Lim menyatakan kedatangannya kepada Pak Ismail. Dia ingin memberikan cincin bagi memudahkan Fuad mencari ibunya. Robert Lim, Chin dan Pak Ismail bertolak ke Kuantan untuk bertemu dengan Fuad.
BAB 15
Fuad resah gelisah kerana Farhana kerap kali bertengkar dengan Cikgu Zamani berpunca daripada sikap Cikgu Zamani yang sering lupa atau lewat masuk ke kelas. Fuad menelefon Farhana untuk memberikan sokongan kepadanya. Sebaliknya, rakan serumah Farhana memaklumkan bahawa Farhana pulang ke Kuantan kerana ibunya sakit lelah dan dirawat di hospital Tengku ampuan Afzan. Fuad mengambil keputusan drastik untuk ke Kuantan, menuruti Farhana.
BAB 16
Fuad tiba di Hospital Tengku Afzan Ampuan. Farhana membawa Fuad melawati ibunya yang dirawat di tingkat empat.Fuad terkejut apabila melihat nama yang tertera pada kad rawatan ibu Farhana  yang terletak di atas meja adalah sama dengan nama ibunya yang dicari selama ini. .Farhana juga agak terkejut apabila mendapati nama ibu mereka sama iaitu Mariana binti Osman.Ketibaan Robert Lim dan Pak Ismail ke hospital itu akhirnya menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran Fuad dan Farhana, iaitu mereka berdua adalah adik beradik
BAB 17
Fuad mengambil cuti sakit selama dua hari dan disambung denagan cuti hujung minggu pada hari Khamis dan Jumaat. Farhana juga mengambil cuti. Sepanjang empat hari bercuti, Fuad dan Farhana bersepakat untuk menyimpan dahulu rahsia daripada ibu mereka yang masih uzur. Cikgu Abas terkejut apabila diberitahu perkara yang sebenar/Fuad bercadang hendak membuat kenduri kesyukuran di Danau Seberang. Cikgu Zamani akan ditukarkan ke sekolah lain, manakala Fuad akan ke MPIK untuk mengambil Kursus Bahasa Inggeris.


BAB 18
Imbasan kembali kisah Mariana – Mariana ditinggalkan oleh Roslan. Dia menjadi gila meroyan selepas bersalin.  Setelah berpindah ke Bentong, Mariana pulih..Anak Mariana iaitu Abdul Halim atau nama lainnya Fuad telah dilarikan orang. Dia hanya sempat bersama anaknya selama lima malam. Setelah pulih daripada penyakitnya dia berkahwin dengan Fakhrudin yang bertugas sebagai pegawai polis. Setelah berkhawin mereka berpindah ke Pekan. Fakharudin akhirnya ditempatkan bertugas di Kuantan.Dalam perkahwinan tersebut dia dikurniakan lima orang anak tetapi dia masih tidak dapat melupakan Abdul Halim/Fuad. Dia pernah ke Raub sebanyak dua kali tetapi suasana saling mencurigai antara kaum ketika itu begitu menakutkan dan usahanya berakir setakat itu.  Dia cuba membuat laporan polis tetapi laporannya tersimpan begitu sahaja di Balai Polis Raub.Akhirnya Fuad kembali ke pangkuan ibunya.

BAB 19
Fuad membawa ibunya, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah di Mekah. Ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Mariana berpesan kepada Farhana agar menjaga adik-adiknya semasa pemergiannya. Robert Lim turut mengucapkan selamat jalan kepada mereka. Robert Lim memberitahu Fuad bahawa di mungkin akan menyusul mereka kemudian.Fuad dan Robert Lim berpelukan.




No comments:

Post a Comment

Laman Guru Cemerlang

Kecekapan Berbahasa Guru Bahasa Melayu Dalam abad ke-21 ini, setiap guru Bahasa Melayu sama ada yang mengajar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahu pun di institusi pengajian tinggi seharusnya memiliki kecekapan berbahasa yang baik. Selain empat kemahiran asas yang diberi penekanan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari sgei kemahiran berbahasa, guru-guru Bahasa Melayu juga perlu menguasai kecekapan berbahasa antaranya seperti berikut:  Kecekapan berkomunikasi  Kecekapan berhujah dan membidas  Kecekapan berbincang dan mengulas  Kecekapan menyoal  Kecekapan menyatakan dan menghuraikan ilmu pengetahuan dan pendapat  Kecekapan membaca, memahami dan merumus teks  Kecekapan menganalisis dan mentafsir maklumat  Kecekapan membaca dan menaakul pelbagai bahan  Kecekapan membina ayat  Kecekapan menulis Guru-guru Bahasa Melayu dalam abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang perlu difokuskan ialah:  Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa Melayu merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.  Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.  Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.  Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu Bahasa 5 Seminar Bahasa Melayu 2011 Melayu, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari. Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis. Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, setiap guru Bahasa Melayu sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar Bahasa Melayu. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru Bahasa Melayu mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan.  Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru Bahasa Melayu akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru Bahasa Melayu perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.  Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya setiap guru Bahasa Melayu mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru Bahasa Melayu. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran 6 Seminar Bahasa Melayu 2011 dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru.  Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.  Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.