SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU TUM DAN MARI BELAJAR BAHASA MELAYU BERSAMA-SAMA SAYA! TERIMA KASIH.

”Selamat Datang ke Blog Saya dan Mari Belajar Bahasa Melayu”

Bersama-sama memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa Inggeris

Saturday 26 October 2013

KARANGAN BAHAGIAN A


1.KEPENTINGAN AMALAN MENABUNG

2.KELUARGA BAHAGIA ASAS KESEMPURNAAN HIDUP

3.KEBAIKAN MEMBELI BARANGAN BUATAN TEMPATAN TERHADAP NEGARA.
4. KEPENTINGAN WARISAN MAKANAN TRADISIONAL DI MALAYSIA.

5.KEBAIKAN MEMPELAJARI SENI PERTAHANAN DIRI.

6.FAEDAH PENGANJURAN SUKAN BERTARAF ANTARABANGSA

7.USAHA-USAHA UNTUK MEMAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN NEGARA
KITA.

8.USAHA-USAHA MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI MALAYSIA

9.CARA-CARA MENYAYANGI SEKOLAH

10.KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN.

KARANGAN BAHAGIAN B


1.GURU IBARAT LILIN YANG SANGGUP MEMBAKAR DIRI DEMI MENERANGI KEGELAPAN ORANG LAIN. BEGITULAH UNGKAPAN YANG SERING DILAUNG-LAUNGKAN OLEH MASYARAKAT KITA PADA HARI INI.

HURAIKAN PERANAN ANDA UNTUK MEMBALAS JASA GURU.
2.LANGKAH-LANGKAH MENJADI PELAJAR CEMERLANG
BUDAYA MEMBACA WADAH BERKESAN DALAM ERA PENDIDIKAN MASA INI.

JELASKAN USAHA-USAHA IBU BAPA BAGI MEMBUDAYAKAN AMALAN MEMBACA KEPADA ANAK-ANAK.

3.SEBAGAI SEORANG PEGAWAI DI JABATAN PENERANGAN DAERAH, ANDA TELAH DIUNDANG UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH KEPADA WARGA SEKOLAH DI DAERAH ANDA.TAJUK CERAMAH ITU IALAH “SEMANGAT KEJIRANAN PEMANGKIN RAKYAT SEJAHTERA.”
TULIS CERAMAH ANDA ITU SELENGKAPNYA.

4.ANDA TELAH BERPELUANG BERCUTI BERSAMA-SAMA DENGAN KELUARGA DI TEMPAT PELANCONGAN YANG TERKENAL DI MALAYSIA.
HURAIKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DAPAT DILLAKSANAKAN UNTUK MENJADIKAN TEMPAT PELANCONGAN DI MALAYSIA LEBIH MENARIK.

5.KENAIKAN HARGA BARANGAN KEPERLUAN HARIAN TELAH MENYEBABKAN AHLI KELUARGA MELAKUKAN PELBAGAI USAHA UNTUK MENJIMATKAN PERBELANJAAN.

HURAIKAN USAHA-USAHA TERSEBUT.

6.MAKANAN SEGERA DAN MAKANAN RINGAN SEPERTI BURGER, MI SEGERA DAN KENTANG GORENG TELAH MENJADI PILIHAN MASYARAKAT SEKARANG.

ULASKAN PERNYATAAN TERSEBUT.
7.KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENANGANI MASALAH PERIBADI, AKADEMIK DAN KERJAYA.
HURAIKAN FAEDAH-FAEDAH YANG ANDA PEROLEH MELALUI KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING.

8.SELAKU PEGAWAI KESIHATAN DAERAH, ANDA DIMINTA UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH YANG BERTAJUK 'AMALAN BAIK DALAM PENJAGAAN KESIHATAN' SEMPENA HARI KESIHATAN SEDUNIA KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT.
SEDIAKAN TEKS CERAMAH ANDA SELENGKAPNYA.

9. GURU MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM MELAHIRKAN GENERASI BERILMU.
ULASKAN PERNYATAAN TERSEBUT.

10. PENYERTAAN PELAJAR DALAM PELBAGAI PROGRAM DAN PERTANDINGAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA DAPAT MENGHARUMKAN NAMA NEGARA DI MATA DUNIA.
JELASKAN MANFAAT-MANFAAT YANG DIPEROLEH MELALUI PENYERTAAN DALAM PROGRAM DANPERTANDINGAN ITU.

11. ADAT SEZAMAN DITINGGALJAUH
ADAT AGAMA DIPANDANG REMEH
ADAT KUNING MENJADI IKUTAN
RANGKAP DI ATAS MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA SAJAK 'ADAT SEZAMAN YANG MEMBAWA MAKSUD SIKAP MASYARAKAT YANG SEMAKIN MELUPAKAN ADAT RESAM, MEMANDANG REMEH AJARAN AGAMA DAN MENGAMALKAN BUDAYA KUNING.
HURAIKAN PERANAN MASYARAKAT UNTUK MEMBENTUK SAHSIAH TERPUJI DALAM KALANGAN REMAJA.

12.ANDA BARU SAHAJA SELESAI MEMBACA SEBUAH NOVEL. SEHUBUNGAN DENGAN ITU, ANDA BERMINAT UNTUK MEMBUAT ULASAN TENTANG PERISTIWA-PERISTIWA MENARIK YANG TERDAPAT DALAM NOVEL TERSEBUT.
TULIS ULASAN ANDA
13.CARA-CARA ANDA MENGAMALKAN AMALAN BERJIMAT CERMAT
14.WARISAN PUISI MELAYU LAMA SEPERTI PANTUN, SYAIR, GURINDAM DAN SELOKA SEMAKIN TERPINGGIR DALAM KALANGAN GENERASI MUDA HARI INI.
ULASKAN PENDAPAT ANDA TENTANG CARA-CARA PELBAGAI PIHAK MEMARTABATKAN PUISI MELAYU LAMA INI
15.PERANAN KELUARGA MENJAMIN KESELAMATAN ANAK-ANAK
16.MANFAAT DASAR IMURID I SUKAN
17.MEMBACA KARYA SASTERA DAPAT MENJADIKAN SESEORANG ITU BERILMU, CINTA AKAN NEGARA, DAN MEMBERI PENGAJARAN
18.DUNIA REMAJA SERING TERDEDAH KEPADA PELBAGAI GEJALA SOSIAL,PERANAN ANDA UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARIPADA GEJALA SOSIAL.

19.IBU BAPA BERPERANAN MEMBENTUK AKHLAK DAN MERUPAKAN PENENTU KEJAYAAN AKADEMIK ANAKANAK.
BERIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG PERNYATAAN DI ATAS.
20.MAKANAN SEGERA DAN MAKANAN RINGAN SEPERTI BURGER, MI SEGERA DAN KENTANG GORENG TELAH MENJADI PILIHAN MASYARAKAT KINI.
SEBAGAI PEGAWAI KESIHATAN, ANDA DIMINTA MENYAMPAIKAN EERAMAH YANG BERTAJUK 'KESAN-KESANPENGAMBILAN MAKANAN SEGERA DAN MAKANAN RINGAN TEIHADAP KESIHATAN' KEPADA MASYARAKAT DITEMPAT ANDA.
SEDIAKAN TEKS EERAMAH ANDA ITU SELENGKAPNYA.
21.GENERASI MUDA HARI INI KURANG BERMINAT MEMBACA KARYA SASTERA TEMPATAN SEDANGKAN KARYATERSEBUT BANYAK MANFAATNYA.
NYATAKAN FAEDAH-FAEDAH MEMPELAJARI KARYA SASTERA KEPADA GENERASI MUDA.
22.APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN AGAR DISENANGI SEMUA ORANG
23.IBU BAPA MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM KEHIDUPAN
24.USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN UNTUK MEMUPUK PERPADUAN KAUM
25.NILAI MURNI DALAM HIDUP YANG DAPAT MENJAMIN KECEMERLAN DUNIA

26. IBU BAPA BERPERANAN MEMBENTUK AKHLAK DAN MERUPAKAN PENENTU KEJAYAAN AKADEMIK ANAK-ANAK..BERIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG PERNYATAAN DI ATAS.


27,SETIAP MURID PERLU MENGHORMATI DAN MENGHARGAI JASA GURU DI SEKOLAH.
HURAIKAN PENDAPAT ANDA DALAM USAHA MENGHARGAI JASA GURU DI SEKOLAH.

28.IBU BAPA MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING DALAM USAHA MENGGALAKKAN ANAK-ANAK MEMENTINGKAN KEINDAHAN DAN KEBERSIHAN ALAM SEKITAR.
BINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH IBU BAPA UNTUK MENGGALAKKAN ANAK-ANAK MENJAGA KEINDAHAN DAN KEBERSIHAN ALAM SEKITAR.

29.ANDAIKAN ANDA SEORANG PEMBERITA. ANDA DITUGASKAN MEWAWANCARA SEORANG PEGAWAI SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA TENTANG USAHA MENANGANI GEJALA RASUAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT.
TULISKAN WAWANCARA TERSEBUT SELENGKAPNYA.

30.PERIBAHASA MELAYU ADA MENYEBUT SEPERTI MELUKUT DI TEPI GANTANG. PERIBAHASA INI MEMBERI GAMBARAN BAHAWA KEADAAN HIDUP SESEORANG YANG TIDAK DIPEDULIKAN.
HURAIKAN PERSEDIAAN YANG PERLU DILAKUKAN AGAR ANDA DIHARGAI OLEH MASYARAKAT

31.KELUARGA BAHAGIA MERUPAKAN SALAH SATU TERAS MENJAMIN KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN NEGARA.
ULASKAN PERNYATAAN TERSEBUT.

32. INDUSTRI PELANCONGAN MERUPAKAN ANTARA PENYUMBANG TERBESAR EKONOMI NEGARA. ANDA INGIN MENULIS RENCANA BERKAITAN PERANAN PELBAGAI PIHAK UNTUK MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN.

TULIS RENCANA TERSEBUT SELENGKAPNYA

33.GURU IBARAT LILIN YANG SANGGUP MEMBAKAR DIRI DEMI MENERANGI KEGELAPAN ORANG LAIN. BEGITULAH UNGKAPAN YANG SERING DILAUNG-LAUNGKAN OLEH MASYARAKAT KITA PADA HARI INI.
HURAIKAN PERANAN ANDA UNTUK MEMBALAS JASA GURU.

34.BUDAYA MEMBACA WADAH BERKESAN DALAM ERA PENDIDIKAN MASA INI.
JELASKAN USAHA-USAHA IBU BAPA BAGI MEMBUDAYAKAN AMALAN MEMBACA KEPADA ANAK-ANAK.
35.GENERASI MUDA HARI INI KURANG BERMINAT MEMBAEA KARYA SASTERA TEMPATAN SEDANGKAN KARYATERSEBUT BANYAK MANFAATNYA.
NYATAKAN FAEDAH-FAEDAH MEMPELAJARI KARYA SASTERA KEPADA GENERASI MUDA.

36.ANDA TELAH MSNYERTAI PROGRAM  MOTIVASI YANG TELAH DIANJURKAN OLEH PIHAK
SEKOLAH- PELBAGAI AKTIVITI DIADAKAN, JELASKAN BAGAIMANA PROGRAM TERSEBUT TELAH MENIMBULKANK KESEDARAN DALAM DIRI ANDA UNTUK TERUS BERJAYA.
.
37. PERANAN AHLI KELUARGA MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA.

38.WARISAN PUISI MELAYU LAMA SEPERTI PANTUN, SYAIR, GURINDAM DAN SELOKA SEMAKIN TERPINGGIR DALAM KALANGAN GENERASI MUDA HARI INI.
ULASKAN PENDAPAT ANDA TENTANG CARA-CARA PELBAGAI PIHAK MEMARTABATKAN PUISI MELAYU LAMA INI.

KERTAS 2
CERPEN.
-IBU DAN CEPER
-MEMORI SEORANG TUA
-PAHLAWAN BUNTUNG
-ISRAK
DRAMA
-1400
-DATO  ONN
-FORUM REMAJA
PROSA KLASIK
-LANG-LANG BUANA
-KHOJA MAIMON
-PELAYARAN PENUH PERISTIWA
-INDERA NATA
-HIKAYAT SIAK
SAJAK
-DIRGHAYU BAHASAKU
-KECEK
-PERPUSTAKAAN
-PASAR PERASAAN
-DI BAWAH LANGIT YANG SAMA

PUISI TRADISIONAL
-GURINDAM 12 FASAL KEENAM
-GURINDAM TONGGAK 12 BELAS
-SELOKA SILUNCAI
TATABAHASA
-TUKAR CAKAP AJUK CAKAP PINDAH
-PISAHKAN AYAT MAJMUK MENJADI AYAT TUNGGAL
-NYATAKAN JENIS AYAT
-GABUNGKAN AYAT TUNGGAL MENJADI AYAT MAJMUK


NOVEL
-PENGORBANAN
-LATAR MASYARAKAT
-BAIK HATI
-SASPENS
-KRITIKAN SOSIAL
-TEKNIK PLOT
-KERJASAMA WATAK SAMPINGAN
-KEPINCANGAN MASYARAKAT
-KEISTIMEWAAN WATAK UTAMA
-KEPINCANGAN MASYARAKAT
-KEPRIHATINAN
-PERISTIWA MENARIK BAHAGIAN PELERAIAN
-PENGAJARAN
-PERISTIWA NEGATIF UNTUK JADI PENGAJARAN
-PERWATAKN WATAK SAMPINGAN.


No comments:

Post a Comment

Laman Guru Cemerlang

Kecekapan Berbahasa Guru Bahasa Melayu Dalam abad ke-21 ini, setiap guru Bahasa Melayu sama ada yang mengajar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahu pun di institusi pengajian tinggi seharusnya memiliki kecekapan berbahasa yang baik. Selain empat kemahiran asas yang diberi penekanan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari sgei kemahiran berbahasa, guru-guru Bahasa Melayu juga perlu menguasai kecekapan berbahasa antaranya seperti berikut:  Kecekapan berkomunikasi  Kecekapan berhujah dan membidas  Kecekapan berbincang dan mengulas  Kecekapan menyoal  Kecekapan menyatakan dan menghuraikan ilmu pengetahuan dan pendapat  Kecekapan membaca, memahami dan merumus teks  Kecekapan menganalisis dan mentafsir maklumat  Kecekapan membaca dan menaakul pelbagai bahan  Kecekapan membina ayat  Kecekapan menulis Guru-guru Bahasa Melayu dalam abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang perlu difokuskan ialah:  Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa Melayu merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.  Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.  Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.  Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu Bahasa 5 Seminar Bahasa Melayu 2011 Melayu, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari. Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis. Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, setiap guru Bahasa Melayu sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar Bahasa Melayu. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru Bahasa Melayu mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan.  Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru Bahasa Melayu akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru Bahasa Melayu perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.  Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya setiap guru Bahasa Melayu mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru Bahasa Melayu. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran 6 Seminar Bahasa Melayu 2011 dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru.  Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.  Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.